Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Ramadhan , Percubaan , Makanaaaaaaan !
Friday, July 12, 2013 | 2:56 AM | 0 Babbling
Bulan Ramadhan dah hampir tiba . Dah buat persiapan belum ? Harap harap dah lah . Sama samalah kita muhasabah diri kita sempena bulan yang mulia ni okay ? InsyaAllah . Dah nama pun bulan Ramadhan , kena lah niat kan ? Saja lah Anis post kan gambar niat ni sebagai panduan kaurang . Nah ~

Lagisatu ! Anis nak bagitahu , Trial PMR dah nak mula . Tak lama je lagi . Pecutan terakhir . Doakan Anis dapat result cemerlang kay ? Dah start nervous dah ni . Cikgu cikgu semua dah start buat revision je . Lagipun , Anis memang harapkan trial ni sebab Anis ingat nak masuk MRSM tahun depan . AMINN . Nak jugak pengalaman duduk asrama . Duduk asrama seminggu masa form 1 dulu tu tak cukup lah . Hehe . Lagipun , ingat nak ambil dekat Batu Pahat , Johor . Dekat dengan kampung . Cousin Anis pun sekolah situ . Kan senang nanti .
Jadual percubaan PMR SMK (P) KAPAR .



Habis cerita pasal sekolah . Anis nak pesan . Puasa tak boleh MAKAN atau MINUM tau ! Jangan nak sebat air paip ke , air hujan ke . Buang masa je . Kan dah rugi puasa . Puasa dah lah setahun sekali je . Rebutlah peluang untuk tingkatkan pahala ni . Lets work harder for it ! Absolutely we can . Kita sayang ALLAH kan ? Selamat Berpuasa uolls ! Jumpa raya nanti ! Assalamualaikum .

Macam sedap kan ? Tunggu berbuka ~


TITLE; Ujian Bulanan 1
Saturday, March 23, 2013 | 7:54 AM | 0 Babbling
Wohooo ! Kita dah habis Ujian 1 . Result agak memberangsangkan (7A 1B) . Tapi yang B tu agama . Boleh sangat nak score . Ni semua sebab cuai . Menyesal betul . Tak puas hati .

Tapi takpe . PMR nanti inshaallah boleh score straight a's . :D . Tuisyen pun tengah busy sekarang . Selasa ni start pula exam untuk tuisyen . Boleh pulak dia buat time cuti cuti ni . Malasnya~

Manakala , folio folio pula harus disiapkan secepat mungkin agar masa tidak dibuang begitu sahaja . Cewahh~ Sekarang ni tengah nak disiplin kan diri ikut jadual belajar . Harap harap diri ini tidak begitu liat seperti daging yang tersalah potong .

Okaylah . Itu je kot yang terlintas dalam kepala yang tepu ni . Lagipun tengah tengok cerita Damping Malam ni . Otak tak berjalan . Hehe . :* Assalamualaikum .

Kesah apa kan aku nak upload gambar sebesar alam ni . Haha . School holidays is coming !!





Old things