Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Tips Percintaan Jarak Jauh
Friday, February 22, 2013 | 8:06 AM | 0 Babbling
"Distance means so little when someone means so much"

And yeah . Betul lah kan ? Okay saya tahu saya hanya lah kanak kanak pra remaja *Acano tu . Walaupun begitu , saya tetap akan memberikan pandangan kepada tajuk ini . www.seniaku.com - Tuzki BunnyMak aku selalu pesan , kita anggap je dia tu macam ikan , kita lepaskan ia , kalau is memang rezeki kita dia mesti akan datang kat kita balik . Tu maksudnya kalau jodoh tak kemana .


#KEPERCAYAAN

  • Janganlah korang kongkong pasangan tu , bagi dia peluang hidup macam orang lain . Disebabkan dia jauh , kita pun sebenarnya tak berapa faham apa situasi dia yang sebetulnya . Aku rasa korang pun tak suka kan kalau diorang buat macam tu kat korang ? Macam tu lah juga diorang . Manusia ni sama je . Selagi korang rasa dia tak melampau , selagi tu lah korang buat je macam biasa . Tapi bila dah sampai tahap you lap me , I lap you kat orang lain tu , dah memang nak makan lutut lah . 
#KESABARAN
  • Walau apa pun perkara yang dia terbuat salah , dengarlah penjelasan dia dulu . Lepastu , perempuan biasanya memerlukan beberapa minit untuk tenangkan diri . Pastikan kaurang tak terus cakap yang bukan bukan , bila tengah marah syaitan mula lah buat kerja . Semua perkataan nak disebut . Itulah ego namanya , zaman sekarang ni kebanyakan perempuan lebih tinggi ego nya daripada lelaki , sebab lelaki sering mengalah . Tak dinafikan , bila berjauhan banyak lah kita dengar itu ini daripada orang lain . Salah faham pun sering kali berlaku sampai kita rasa bosan . Sebab tu la kita kena banyak bersabar dan sentiasa berbincang . Jangan sesekali mengambil langkah mudah .
#LUANGKAN MASA
  • Maksudnya bukan lah pergi date atau sebagainya , luangkan masa untuk call . Kadang kadang rasa rindu yang menebal dan tak tahu nak luahkan boleh menyebabkan emosi kita terganggu . Secara tak sengaja benda tu juga mengganggu urusan harian kita . Aku suggest kan both of you beli sim pack yang DIGI BUDDYZ tu . Seriously jimat . Kaurang boleh free call seharian except pukul 6 petang sampai 12 malam . Best kan ? Tapi harga dia mahal sikit lah daripada biasa . 
  • Bila kaurang dah selalu berhubung , mestilah rindu akan terubat dan segala perkara boleh dikongsi bersama . Jadi , kita pun akan lebih memahami dia kan ? Ini pun dapat tunjukkan betapa caring nya kita terhadap dia . 
#KEJUJURAN
  • Jujur ni banyak cabangnya . Contohnya setia , korang kena lah setia kalau nak si dia setia jugak . Lagi lagi kita berjauhan , perkara ni amat penting . Kita kena bersikap jujur kepada diri sendiri supaya tak menyakiti hati dia . Jangan pernah buat benda yang kita tak nak pasangan kita buat kat kita . NEVER !
  • Korang jugak wajib share 100% masalah korang supaya dia boleh faham and tolong korang . Kalau tak mesti dia rasa bingung and lastly , putus asa untuk faham korang .
#JANGAN HIPOKRIT
  • Saya ulang , HIPOKRIT ! Bukan HIPPOPOTAMUS ! Kaurang mesti tunjukkan attitude kaurang . Jangan nak control apa apa . Tapi jagalah adab . Walaupun kita jauh , benda ni penting . Mana lah tahu nanti kaurang tak habis habis nak tipu dia dengan sikap yang tak berapa nak sesuai tu , bila dah lama berhubungan dan telah sering berjumpa , dia nampak perangai sebenar you alls yang annoying tu . Tak ke nanti haru biru ? Sebab tak semua orang boleh terima attitude kita yang sebenar . Orang yang betul2 terima kita je boleh buat benda tu and inshaallah jodoh kita . 
  • Kalau boleh share kan apa kekurangan you olls berbanding orang lain supaya kita dapat tengok keikhlasan dia berkawan dengan kita . 
Setakat ni je lah yang boleh aku share buat harini . Maaf kepada kakak and abang abang yang baca entry sebab penggunaan bahasa "kau , aku " . Harap kita boleh kekalkan hubungan hingga ke akhir hayat . Amin ..
         





Old things | New things